Friday 11 November 2016



Situasi apabila alat tulis bersepah.


Tiada ruang untuk simpan barang-barang yang berselerak di atas lantai, di atas meja? 

Stress

Jenis yang tak suka kemas barang. 

Asyik terpijak jarum di atas lantai? 

Cermin mata asyik hilang je susah nak cari? 

Asyik jumpa duit je tapi tiada ruang yang sesuai untuk letakkan? 

Dapatkan produk hebat ini segera !!!!!!!!!!


                                                        "Fit Them" 

merupakan sejenis produk yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula seperti cawan plastik, surat khabar, kertas warna-warni, kadboard, tali dan lain-lain. 

Produk ini berfungsi sebagai penyimpanan barang seperti pensil, pen, cermin mata, pin, duit dan lain-lain. 

Selain itu, ianya juga boleh dibuat tabung duit dan letak pin, jarum ataupun brouch (untuk para wanita) di tepi cawan plastik itu. 

Gambaran produk ini. Kami menggunakan cawan plastik milkshake yang orang selalu jual pelbagai jenis perisa minuman seperti mocha dengan harga RM5. Kami akan menggunakan cawan plastik ini untuk menjadikan ianya kelihatan menarik dan cantik. Di samping itu, ia juga mempunyai pelbagai jenis fungsi kepada pengguna kelak. Inilah cawan plastik milkshake itu (gambaran seperti di bawah).

Cawan plastik

Dengan menggunakan cawan plastik ini, kami akan mengubahsuainya dengan menambah pelbagai bahan-bahan kitar semula. 

Di bahagian dalam cawan, kami akan bahagikan kepada dua bahagian: 

1) Tempat letak alat tulis 

Alat tulis yang berselerak di atas meja
Terlalu banyak pen dan pensil di atas meja? tiada ruang yang sesuai untuk diletakkan ? 

Dapatkan "Fit Them" sekarang! Mengapa kami sarankan  anda untuk memilikinya. 

Inilah sebabnya 1) Meja anda akan lebih tersusun dan rapi. Sedap mata memandang dan sedap lagi bos letakkan banyak dokumen di atas meja anda. Hehe. 











2) Tabung duit

Duit syiling berselerak di atas lantai. 

Pernahkah anda perasan di atas lantai rumah anda? terlalu banyak duit syiling seperti 10sen, 20sen dan 5sen. Pernahkah anda terfikir untuk mengutipnya dan letakkan di tempat yang selamat dan elok? Dapatkanlah produk ini "Fit Them" ! ianya sangatlah mudah, anda hanya perlu kutip syiling tersebut dan letakkan di tempat "Tabung duit" di bahagian dalam cawan. Mudahkan? 



Di bahagian luar cawan pula, 

a) Nota pelekat warna-warni

Sticky notes




Kami akan lekatkan nota-nota pelekat warna-warni yang kecil supaya pengguna hanya boleh tarik nota itu untuk buat sebagai petanda ataupun lekatkan di mana-mana sahaja sebagai sesuatu maklumat yang penting. 








b) Spec box

cermin mata yang selalu hilang. 

Selain itu, kami akan lekatkan kotak kecil yang telah diubahsuai agar boleh letakkan tangkai cermin mata. Seperti yang kita tahu, ramai pemakai cermin mata selalu terlupa bilakah kali terakhir cermin mata tersebut diletakkan. Oleh itu, dengan adanya 'Fit Them', cermin mata anda akan selamat di sini. Anda hanya perlu letakkan sahaja di kotak kecil tersebut iaitu 'spec box'. 






c) Pin area

Brouch 

Pin atau jarum


Pin 



Di samping itu, kami akan menyediakan ruangan 'pin area'. Pin area berfungsi sebagai meletakkan atau cucuk sahaja jarum, brouch, pin dan pin papan di ruangan tersebut. 

Kami akan lekatkan span keras supaya pin-pin tersebut dapat lekat di situ. Ramai wanita selalu meletakkan jarum dan brouch di merata-rata tempat selepas selesai sesuatu program atau aktiviti. 

Kadang-kadang jarum dan brouch diletakkan sahaja di atas lantai, di atas meja belajar dan lain-lain. 

Kebiasaannya, banyak jarum dijumpai di atas lantai, ini boleh mengundang bahaya kerana kaki boleh tercucuk dengan jarum tersebut. A

taupun mungkin bagi wanita bekerjaya yang mempunyai anak kecil, anak kecil mungkin akan bermain dengan jarum tersebut. 

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan semua itu boleh berlaku, kami sarankan anda untuk membeli "Fit Them" ini. Banyak manfaatnya. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Oopss.....jangan risau produk ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Kenapa? 

Kami sediakan tali bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana sahaja anda suka. 




No comments:

Post a Comment